Showing posts with label Easy Iqra. Show all posts
Showing posts with label Easy Iqra. Show all posts

Sunday, September 23, 2012

Produk KOKO BARLI Easy Iqra

KOKO BARLI Easy Iqra

Produk terkini iaitu KOKO BARLI yang InsyaAllah memiliki pelbagai khasiat dan kebaikan antaranya:
  • menjaga dan membersihkan buah pinggang
  • melancarkan proses pencernaan
  • menyah penyakit batu karang
  • melancarkan sistem saraf
  • menajamkan mata
  • membersihkan mata
Harga untuk KOKO BARLI adalah seperti berikut (BUKAN AHLI);
  • SEMENANJUNG M'SIA = RM 27.80 
  • SABAH & SARAWAK = RM 31.80
  • AHLI : RM 16.80 (nilai mata PV = 5 PV)
  • 1 Kotak 20 Sachets

PERHATIAN :
Beli 7 kotak Koko Barli dalam tempoh sebulan, anda outomatik layak mendapat 'PERCUMA' langganan i-iqra selama sebulan.


Produk KOKO SAUDA Easy Iqra

1. Koko Sauda Easy Iqra

KOKO SAUDA' merupakan salah satu produk EASY SIHAT keluaran syarikat EASY IQRA' SDN. BHD. Minuman minda ini mengandungi campuran pelbagai bahan yang baik dan berkhasiat mengikut sunnah antaranya ialah koko, habbatus sauda', susu kambing dan madu.

HARGA KOKO SAUDA' (AHLI) : RM 27.50 PV = 12 PV
HARGA KOKO SAUDA' (BUKAN AHLI) : RM 37.80

1 kotak = 15 sachets
1 papan = 15 sachets

PERHATIAN :
Beli 3 kotak koko sauda' dalam tempoh sebulan, anda layak mendapat  langganan i-iqra 'PERCUMA' selama sebulan.




Tuesday, November 29, 2011

Sistem Pembelajaran Al Quran Online Easy Iqra

Belajar Al Quran Easy Iqra
Easy Iqra masih dalam proses penambahbaikan (upgrade) sistem pembelajaran Al Quran online supaya ianya menjadi lebih lengkap. Seterusnya dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada sesiapa sahaja yang baru bermula atau ingin mahir membaca Al Quran. Buat masa sistem tersebut ini lebih menumpukan kepada asas pembacaan bermula daripada Pra-Iqra, Iqra 1 sehingga Iqra 6. Ianya bertujuan untuk memudahkan golongan kanak-kanak terutamanya untuk mengenali huruf dan cara sebutan yang betul.

Sistem pembelajaran Al Quran Easy Iqra ini diolah secara unik dan interaktif dengan penghasilan gambar dan grafik yang sesuai dengan huruf-huruf bacaan. Cara ini amat praktikal untuk sesiapa sahaja terutama kanak-kanak, mereka akan mudah mengenali huruf-huruf tersebut dengan kaedah sebutan yang betul. Ibu bapa juga mudah untuk mengajar, mengawasi dan membantu anak-anak mereka kerana sistem adalah lengkap dengan bacaan serta sebutan huruf Al Quran yang betul.

Easy Iqra mempunyai Panel Syariah yang dilantik untuk sama-sama merealisasikan hasrat untuk melahirkan masyarakat yang celik Al Quran. Mereka bekerjasama dengan Lembaga Pengarah Syarikat Easy Iqra' Sdn Bhd bagi mencari kaedah paling sesuai dan efektif untuk memudahkan umat islam belajar Al Quran tanpa sekatan atau batasan masa serta lain-lain perkara yang mungkin menghalang mereka untuk mempelajari Al Quran sepenuhnya. Ahli-ahli panel tersebut merupakan mereka yang amat berkaliber serta telah lama berkecimpung dalam bidang dakwah serta terdiri daripada Prof. Madya, Imam Masjid Negara dan beberapa orang Ustaz yang terkenal terutamanya dalam pembelajaran Al Quran.

Saya akan sentiasa menjelaskan dengan lebih terperinci Sistem Pembelajaran Al Quran Easy Iqra ini supaya ianya dapat membantu anda atau sesiapa sahaja yang ingin belajar, mahir serta mendalami Al Quran dengan mudah dan efektif. Selain itu, harapan saya agar dapat menarik minat lebih ramai masyarakat Islam untuk mendalami ilmu agama serta memahirkan lagi bacaan Al Quran sesuai dengan Visi dan Matlamat Easy Iqra.

Bersama kita membasmi masyarakat Islam yang buta Al Quran....Insyaallah!