Showing posts with label Pen Al-Quran Digital. Show all posts
Showing posts with label Pen Al-Quran Digital. Show all posts

Sunday, December 11, 2011

Pen Al-Quran Digital Harga Diskaun

Dapatkan Pen Al Quran Digital  terbaru dengan harga diskaun yang terendah (RM250.00 Sahaja)


Kenapa Pen Al-quran Digital ini semakin mendapat perhatian? Mengikut kajian, terdapat ramai orang yang ingin belajar membaca Al-Quran. Mereka ini adalah daripada golongan yang berumur dan ramai juga yang masih muda seperti kanak-kanak dan remaja. Pada kebiasaannya, kanak-kanak akan belajar Al-Quran di madrasah-madrasah dan surau-surau, manakala golongan yang berumur akan belajar di masjid atau di rumah dengan mengupah ustaz peribadi sebagai 'home tutor' kepada mereka.

Namun begitu, tidak dinafikan juga bahawa ramai golongan berumur ini menghadapi pelbagai halangan & rintangan untuk belajar membaca Al-Quran. Antaranya ialah:
  1. Suasana pembelajaran di masjid-masjid biasanya tidak selesa bagi kebanyakan golongan berumur ini. Ini kerana kelas bacaan Al-Quran biasanya dihadiri oleh ramai peserta. Mereka berasa malu untuk membaca di hadapan peserta-peserta lain kerana bimbang akan melakukan kesilapan ketika membaca Al-Quran.
  2. Golongan berumur ini juga berasa malu untuk meminta guru mengulang kembali ayat yang sama beberapa kali walaupun mereka tidak jelas tentang cara bacaan yang betul. Ini akhirnya akan menyebabkan mereka tidak dapat belajar secara sempurna.
  3. Faktor lokasi masjid yang mungkin jauh bagi sesetengah orang juga boleh menyebabkan golongan berumur ini membatalkan niat mereka untuk belajar Al-Quran di masjid. Tidak semua orang mampu untuk mengupah ustaz / ustazah sebagai 'home tutor' mereka.

Justeru kita melihat bahawa golongan berumur ini mempunyai hasrat untuk mempelajari Al-Quran, namun mereka tidak mampu mendapatkan kemudahan yang sewajarnya dalam industri pembelajaran Al-Quran.


Sebagai alternatif buat mereka yang ingin belajar & menghayati Al-Quran, memperkenalkan satu gajet terbaru yang dikenali sebagai Pen Al-Quran Digital. Ia dihasilkan sebagai salah satu alternatif buat mereka yang ingin belajar Al-Quran dengan menggunakan teknologi terkini. Ia amat mesra pengguna dan mudah digunakan oleh semua peringkat umur.

Keistimewaan Pen Al-Quran Digital:
  • Ia Sangat Mudah Digunakan! Jika anda risau memikirkan bagaimana untuk menggunakannya kerana walaupunanda tiada pengalaman teknikal, anda tidak perlu merasa bimbang kerana pen ini sangat mudah digunakan. Anda hanya perlu meletakkan pen digital tersebut di mana-mana surah yang anda inginkan, dan pen ini akan membacanya untuk anda. Mudah bukan? Ya, ia lebih mudah jika dibandingkan ketika anda mula-mula belajar A-B-C :)
  • Dilengkapi 30 Juzuk Al Quran, Iqra' & Doa Harian! Pen Digital ini lengkap dengan bacaan Al Quran iaitu sebanyak 114 surah (30 juzuk) beserta bacaan untuk mempelajari Iqra' & doa-doa harian terpilih dalam Bahasa Arab.
  • Terjemahan 2 Bahasa! Di samping dapat mendengar bacaan Al-Quran, Pen Al-Quran Digital ini juga dilengkapi dengan fungsi terjemahan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Bacaan daripada Imam besar Masjidil Haram & Qari Terpilih. Melalui gajet ini, anda boleh mendengar, mempelajari & menghayati bacaan Al Quran daripada Imam Besar Masjidil Haram & Qari terpilih seperti Sheikh Abdul Rahman As Sudais, Sheikh Saad Al-Ghamidy, Sheikh Misyari Rashid dan Sheikh Abdul Al-Matrud. Anda juga boleh merakam dan membandingkan bacaan anda dengan bacaan daripada Imam & Qari terpilih yang telah disediakan.
  • Bacaan Berdasarkan Pilihan & Sentuhan Pen Anda! Keistimewaan UTAMA ialah ia boleh membaca ayat per ayat dan surah per surah. Apa yang anda perlu lakukan ialah hanya dengan menyentuhkan sahaja mata pen ini pada mana-mana Ayat atau Surah, secara automatik ia akan mengeluarkan bacaan mengkut Qari mana yang kita pilih. Sungguh mudah!
  • Berfungsi Sebagai 'MP3 Player'! Pen Al-Quran Digital turut dilengkapi dengan USB Cable yang berfungsi sebagai 'MP3 Player' untuk memainkan lagu-lagu seperti nama-nama Allah, nasyid, Talbiah dan sebagainya yang boleh di download dari komputer ke dalam Pen Al Quran digital anda.
Dapatkan maklumat lanjut promosi Pen Al-Quran Digital di sini:

-->>