Showing posts with label belajar Quran online. Show all posts
Showing posts with label belajar Quran online. Show all posts

Tuesday, November 29, 2011

Sistem Pembelajaran Al Quran Online Easy Iqra

Belajar Al Quran Easy Iqra
Easy Iqra masih dalam proses penambahbaikan (upgrade) sistem pembelajaran Al Quran online supaya ianya menjadi lebih lengkap. Seterusnya dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada sesiapa sahaja yang baru bermula atau ingin mahir membaca Al Quran. Buat masa sistem tersebut ini lebih menumpukan kepada asas pembacaan bermula daripada Pra-Iqra, Iqra 1 sehingga Iqra 6. Ianya bertujuan untuk memudahkan golongan kanak-kanak terutamanya untuk mengenali huruf dan cara sebutan yang betul.

Sistem pembelajaran Al Quran Easy Iqra ini diolah secara unik dan interaktif dengan penghasilan gambar dan grafik yang sesuai dengan huruf-huruf bacaan. Cara ini amat praktikal untuk sesiapa sahaja terutama kanak-kanak, mereka akan mudah mengenali huruf-huruf tersebut dengan kaedah sebutan yang betul. Ibu bapa juga mudah untuk mengajar, mengawasi dan membantu anak-anak mereka kerana sistem adalah lengkap dengan bacaan serta sebutan huruf Al Quran yang betul.

Easy Iqra mempunyai Panel Syariah yang dilantik untuk sama-sama merealisasikan hasrat untuk melahirkan masyarakat yang celik Al Quran. Mereka bekerjasama dengan Lembaga Pengarah Syarikat Easy Iqra' Sdn Bhd bagi mencari kaedah paling sesuai dan efektif untuk memudahkan umat islam belajar Al Quran tanpa sekatan atau batasan masa serta lain-lain perkara yang mungkin menghalang mereka untuk mempelajari Al Quran sepenuhnya. Ahli-ahli panel tersebut merupakan mereka yang amat berkaliber serta telah lama berkecimpung dalam bidang dakwah serta terdiri daripada Prof. Madya, Imam Masjid Negara dan beberapa orang Ustaz yang terkenal terutamanya dalam pembelajaran Al Quran.

Saya akan sentiasa menjelaskan dengan lebih terperinci Sistem Pembelajaran Al Quran Easy Iqra ini supaya ianya dapat membantu anda atau sesiapa sahaja yang ingin belajar, mahir serta mendalami Al Quran dengan mudah dan efektif. Selain itu, harapan saya agar dapat menarik minat lebih ramai masyarakat Islam untuk mendalami ilmu agama serta memahirkan lagi bacaan Al Quran sesuai dengan Visi dan Matlamat Easy Iqra.

Bersama kita membasmi masyarakat Islam yang buta Al Quran....Insyaallah!