Showing posts with label belajar baca quran. Show all posts
Showing posts with label belajar baca quran. Show all posts

Tuesday, November 29, 2011

Belajar Membaca Al Quran Di Easy Iqra

Ingin Mahir Dan Belajar Al Quran Secara Online? Di Easy Iqra anda berpeluang belajar serta mendidik anak-anak mendalami ilmu agama dan memahirkan lagi bacaan Al Quran. Easy Iqra Sdn Bhd adalah sebuah syarikat bumiputera yang menghasilkan satu kaedah pembelajaran yang lebih efektif bagi menarik minat masyarakat islam mendalami Al Quran.

Anda juga mampu mendidik anak-anak belajar membaca Al Quran seawal usia 2 tahun setengah, pra sekolah, sekolah rendah sehingga peringkat sekolah menengah. Melalui program interaktif Easy Iqra, golongan remaja dan dewasa juga boleh kembali memahirkan proses pembacaan Al Quran dengan cara dan sebutan yang betul.

Objektif Easy Iqra:

  • Memberi ruang dan masa yang lebih lama untuk belajar Al Quran berbanding pembelajaran di pusat pengajian yang mungkin terhad dan terbatas waktunya.
  • Memudahkan ibu bapa memantau dan mengetahui tahap penguasaan dan kemahiran anak-anak melalui pembelajaran Quran dan Iqra' secara online di rumah atau di mana-mana sahaja.
  • Memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang tidak mempunyai masa untuk mahir bacaan Al Quran secara online.
  • Menyediakan proses belajar Iqra secara interaktif melalui satu sistem yang efektif dan berkesan.
  • Menghasilkan produk yang berkualiti serta dapat memberi manfaat kepada semua ummah.
  • Sentiasa membuat kajian terkini dan penambahbaikan agar menjadi satu syarikat yang menyediakan gedung ilmu kepada umat Islam amnya.
Untuk penerangan lanjut tentang program Easy Iqra ini, anda boleh lawati semula blog ini atau anda boleh hubungi Pakcu Din.
Terimakasih.